Apa itu ARCA?
- Arca adalah suatu bentuk dalam susunan tiga dimensi.
- Permukaannya dapat dirasai serta dipandang dari pelbagai sudut.
Apa itu ARCA STABAIL?
- Satu binaan seperti mobail yang boleh bergerak tetapi tidak terawang-awang kerana kedudukan kakinya sahaja yang boleh bergerak.
- Boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti dengan menggunakan bahan-bahan yang ada dan mudah didapati.
Contoh ARCA STABAIL:
💢 Berhati-hati semasa menggunakan pisau
Calder, Alexander
"Hollow Egg" - (1939)
Calder, Alexander
"Stabile, Paris-La-Défense" - (1976)
Langkah-langkah Menghasilkan Arca Stabail Bunga :
1. Sediakan alat dan bahan.
2. Sediakan tapak berukur 15cm x 15cm menggunakan mounting board atau kotak atau bahan lain yang sesuai.
3. Ukur straw mengikut saiz tapak. Kemudian, gunting dan lekatkan menggunakan gam Uhu seperti di atas.
💢 Berhati-hati semasa menggunakan gunting.
4. Menggunakan 4 batang straw untuk membina tulang arca.
5. Potongkan botol seperti di bawah.
💢 Berhati-hati semasa menggunakan pisau
6. Guntingkan bahagian atas botol dan bentukkan menjadi bunga.
7. Gunting kotak berukuran sesuai dengan saiz penutup botol dan jarak tulang arca.
8. Tampalkan bunga tadi pada kotak yang telah digunting. Kemudian, lekatkan pada tulang arca.
9. Hias dan warnakan mengikut kreativiti 😊
10. Hasil akhir 🙌
The Complete Guide to Slots - Casino Roll
ReplyDelete› slot_reviews › slot_reviews The 포커 스트레이트 best 벤 델핀 part about playing online slots is how easy you'll 축구 토토 be getting in the blackjack 골드머니 game by 실시간 바카라 playing one of these games.