Saturday 16 September 2017

Arca Stabail

ARCA STABAIL (Tahun 5) 


Apa itu ARCA?


  • Arca adalah suatu bentuk dalam susunan tiga dimensi. 
  • Permukaannya dapat dirasai serta dipandang dari pelbagai sudut. 


Apa itu ARCA STABAIL?



  • Satu binaan seperti mobail yang boleh bergerak tetapi tidak terawang-awang kerana kedudukan kakinya sahaja yang boleh bergerak.
  • Boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti dengan menggunakan bahan-bahan yang ada dan  mudah didapati. 

Contoh ARCA STABAIL:


   Calder, Alexander
"Hollow Egg" - (1939)




Calder, Alexander
"Stabile, Paris-La-Défense" - (1976)







Langkah-langkah  Menghasilkan Arca Stabail Bunga :

1. Sediakan alat dan bahan.  




2.  Sediakan tapak berukur 15cm x 15cm menggunakan mounting board atau kotak atau bahan lain yang sesuai. 




3. Ukur straw mengikut saiz tapak. Kemudian, gunting dan lekatkan menggunakan gam Uhu seperti di atas. 
💢 Berhati-hati semasa menggunakan gunting.




4. Menggunakan 4 batang straw untuk membina tulang arca.



 5. Potongkan botol seperti di bawah.

 💢 Berhati-hati semasa menggunakan pisau 




6. Guntingkan bahagian atas botol dan bentukkan menjadi bunga. 





7. Gunting kotak berukuran sesuai dengan saiz penutup botol dan jarak tulang arca.




8. Tampalkan bunga tadi pada kotak yang telah digunting. Kemudian, lekatkan pada tulang arca. 


9.  Hias dan warnakan mengikut kreativiti 😊


10. Hasil akhir 🙌









Arca Stabail

ARCA STABAIL (Tahun 5)  Apa itu ARCA? Arca adalah suatu bentuk dalam susunan tiga dimensi.  Permukaannya dapat dirasai serta dipanda...